Adik beradik saya terdiri daripada 3 lelaki dan 4 perempuan ala mcm anak nabi Muhammad SAW..
Saya ada sorang akak n sorang abang pastu 2 adik laki n 2 adik pompuan.Cun kan kedudukan kitorang
Nama kami pun unik semua hasil idea ibu n ayah tercinta:
- FAZRINA BT ISHAK MOHAMED YAZID (23thn)
- ISZUAN BIN ISHAK MOHAMED YAZID (21thn)
- FAZRIANTIE BT ISHAK MOHAMED YAZID (20thn)
- FAZIRA BT ISHAK MOHAMED YAZID (18thn)
- MOHD KHAIRUL IDHAM B ISHAK MOHAMED YAZID (15thn)
- FARAHANIM BT ISHAK MOHAMED YAZID (13thn)
- MOHD IKMAL B ISHAK MOHAMED YAZID (10thn)
Kami terdiri drpd keluarga yang besar iaitu ayah saya mempunyai 14 org adk beradik dan ibu
saya mempunyai 11 org adk beradik.Kami membesar dlm keluarga yang sederhana
Ayah tercinta menghembuskan nafas terakhir pd tanggal 15 April 1997 jam 11.10 pg di kediaman kami.
Beliau meninggal akibat penyakit leukimia kelas C yang membawa maut.Arwah adalah seorang yang
bertanggungjawab dalam menjadi ketua keluarga.Arwah sangat mengambil berat tentang
pendidikan anak-anaknya termasuklah soal agama.Kami bertuah kerana mendapat seorang ayah yang
sangat penyayang walaupun hanya seketika.Ibulah tempat kami mengadu dan menyelesaikan
segala masalah keluarga.Semoga arwah ayah tercinta bersemadi dengan aman dan tergolong didalam
golongan orang-orang yang beriman dan yang beramal soleh.Ibu saya ialah Rohana bt Damiri berasal
dari Hutan Melintng,Perak.Arwah ayah pula berasal dari Sg Besar,Sabak Bernam.Ibu merupakan anak
yang ke-9 dari 11 org beradik dan ayah merupakan 8 dari 12 beradik.Kami semua dibesarkan di Selangor.
|
|